Anak muda, kaum Iban tidak takut dengan PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad rasa teruja apabila melihat ramai anak muda dan kaum Iban yang memenuhi dewan hotel Kemena, Bintulu pada malam pengisytiharan calon PRN Sarawak, kelmarin.

Ini, katanya merupakan petanda baik apabila ramai orang muda yang menggerakkannya.

Tambahnya, kehadiran kaum Iban menandakan mereka tidak takut dengan PAS.

"Semoga mereka melihat keindahan Islam di bumi Sarawak.

"Kewajipan kita berusaha, kalah atau menang kita serahkan kepada Allah SWT," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata calon PAS yang terdiri daripada profesional, pendidik, ulama, aktivis, usahawan termasuk seorang calon bangsa Iban mampu menggalas amanah pengundi.

"Insya Allah mereka mampu menggalas amanah pengundi jika dipilih.

"Insya Allah PAS akan sampaikan mesej perjuangan dan kebajikan rakyat sewaktu berkempen," katanya. - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Share on Myspace