Mr Os kembali ke rahmatullah petang ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, yang lebih dikenali Mr Os telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.50 petang ini di Hospital Selayang.

Tulisan anak beliau, Husna menerusi laman facebook.

abah saya mohd yusof bin Abdul Hamid (mr.os) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi. mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. jenazah akan di bawa pulang ke Gombak AL-FATIHAH

jenazah akan di bawa ke surau Al-muhajirin, kampung sri gombak indah 68100 batu caves selangor.

Respons Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menerusi laman facebook, sebagaimana di bawah.

Damailah abang Os disana. Dia dlm keuzuran dan kesakitan menyembunyikan semua kejerihan itu dijalan dakwah. Mengakhiri fasa hidupnya dgn niat utk melihat Islam tertegak di tanahair, berdakwah mengajak anak muda utk hidup bertuhan. Siang malamnya mengelilingi tanahair utk mengajak manusia kembali kpd fitrah. Kini dia dijemput Ilahi..alfatihah!..berita lain akan menyusul selepas ini.

 

Share on Myspace