PAS ucap takziah kepada keluarga Mr Os

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Mr Os yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.50 petang ini di Hospital Selayang.

"Al Faatihah: Semoga dirimu damai di alam barzakh menuju redha Allah swt. Buat Puan Rahayu dan seluruh isi keluarga, kami ucapkan takziah dan bersabar atas ujian Allah swt," tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Kata beliau, pemergian Mr Os ke rahmatullah satu kehilangan kepada pihaknya.

"Perginya Mr Os satu kehilangan bagi kami setelah menyaksikan mutakhir ini beliau sangat gigih berdakwah meskipun terpaksa bergelut dengan derita yang dialami.

"Sekali lagi kami doakan agar roh Al Marhum ditempatkan dikalangan hamba Allah swt yang soleh dan muqarrabin," ujarnya lagi.

Berikut kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Al Faatihah buat Mr Os.

Semoga Mr Os damai di alam barzakh menuju redha Allah swt.

Buat Puan Rahayu dan seluruh isi keluarga, kami seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia ucapkan salam takziah dan bersabar atas ujian Allah swt.

Perginya Mr Os adalah satu kehilangan besar bagi kami setelah menyaksikan kegigihan beliau mutakhir ini berdakwah di jalan Allah meskipun terpaksa bergelut dengan derita penyakit yang beliau alami.

Sekali lagi kami doakan agar roh Al Marhum ditempatkan bersama di kalangan para hamba Allah swt yang soleh dan muqarrabin.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Share on Myspace