Mr Os: Perginya seniman dakwah

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os yang baru sahaja pergi menghadap Ilahi pada hari Jumaat yang mulia hari ini.

Allahyarham merupakan anak jati Perak yang lahir di Kuala Kangsar.

Sumbangan Allahyarham dalam dunia perfileman dan komedi tiada gantinya. Pada akhir hayat beliau ini, Allahyarham banyak menyumbang jasa bersama membawa mesej dakwah buat masyarakat.

Dewan Pemuda PAS Perak menyeru untuk sama-sama kita mendoakan agar Allah mengampunkan dosa dan menerima segala amalan serta menempatkan Allahyarham Mr Os di syurgaNya.

Al-Fatihah

Mohd Akmal Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
30 Jamadil Akhir 1437 / 8 April 2016 - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Share on Myspace