Mr Os: Penghujung hayatnya di jalan dakwah

HARAKAHDAILY | .

Negara kehilangan seorang lagi seniman yang terkenal yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas Jumaat tadi. Beliau yang bernama Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os telah pun selamat dikebumikan di Gombak petang ini juga.

Dewan Ulamak PAS Selangor merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan agar pemergian beliau mengadap Allah di hari Jumaat yang mulia hari ini akan mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.

Sejak mutakhir ini, kelibat almarhum dalam dakwah semakin aktif ke seluruh negara dan pada hari ini dia dijadualkan bersama Ustaz Azhar Idrus di Terengganu.

"Sesungguhnya amalan seseorang itu dilihat dari kesudahan hayatnya".

Dewan Ulamak PAS Selangor menyeru untuk sama-sama kita mendoakan agar Allah mengampunkan dosa dan menerima segala amalan serta menempatkan Allahyarham Mr Os di syurgaNya.

Al-Fatihah

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
8 April 2016 / 30 Jamadil Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Share on Myspace