Rumah terbakar, lebih 3 tahun tiada bantuan

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

MIRI: Malang, selepas tiga tahun rumahnya di Kampung Riam dalam UPU Airports, Dun Lambir dekat sini terbakar masih tiada bantuan diperolehi mana mana pihak sama ada kerajaan Negeri Sarawak mahupun agensi berkaitan khasnya Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sejak terbakar pada tahun 2012, Fadeli Ramli, telah mengadu ke JKM beberapa kali dan mengajukan permohonan namun tiada sebarang bantuan mahupun keputusan dibuat.

Beliau ditemui semasa program ziarah Calon PAS DUN Lambir, Mohd Arifriazul Paijo hari ini di Kampung Riam.

Fadeli yang juga sedang terlantar sakit selepas menjalani pembedahan ususnya yang bocor tidak mampu bergerak dan bekerja buat sementara.

"Kamek sudah buat aduan dan permohonan sama JKM, mintak juga PPRT tapi tidak ada respon," kata beliau kepada Arifriazul yang juga berjanji akan mengusahakan bantuan membaiki atap dan akan ke JKM untuk bertanya status permohonan Fadeli.

Hidup dalam suasan dhaif, anak bumi Sarawak ini masih tersisih dari arus pembangunan biarpun Miri dan kawasan sekitar kampung yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Miri.

Pihak DUN Lambir memohon jasa orang ramai memberi sumbangan kepada Fadeli melalui akaun Akaun  Tabung Prihatin Sarawak (Bank Islam 11022010039807).

Atau hubungi Mohd Arifiriazul Paijo di talian-013-8377505. – HARAKAHDAILY 9/4/2016

Share on Myspace