Mungkin organisasi kita lemah tetapi terus berdoa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Mungkin bilangan kita sedikit, harta tidak banyak, badan kita tidak sihat, organisasi kita lemah tetapi dengan bantuan doa yang tidak lekang daripada diri kita ia menjadi satu kekuatan yang tidak boleh ditandingi oleh kuasa manusia," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, jelas beliau kerana sabda Rasulullah SAW bermaksud 'doa ialah senjata orang mukmin'.

Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menggesa agar berdoalah kepada Allah supaya kita dimatikan dengan 'husnul khatimah' dan minta Allah jauhkan kita daripada dimatikan di dalam 'suul khatimah'.

"Kemampuan kita ialah berdoa dan beramal supaya serasi dengan kehendak agama," ujarnya menerusi laman facebook.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya jangan jemu untuk terus berdoa dan beramal. - HARAKAHDAILY 11/4/2016

Share on Myspace