Masih ada keluarga terpaksa berkongsi guna air

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Nasib anak kecil dan ibu-ibu yang terpaksa berkongsi penggunaan air untuk kegunaan harian bersama beberapa keluarga pasti memilukan sesiapa sahaja, kata calon PAS Dun Samariang, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.

Jelasnya, itulah realiti yang dilalui keluarga-keluarga masyarakat setempat ekoran krisis  kekurangan sumber bekalan air sehingga terpaksa berkongsi.

Beliau berkata, jika dilihat dari sudut kemajuan dan pendapatan negara mustahil perkara tersebut masih wujud namun hakikatnya ia masih membelenggu rakyat Sarawak.

"Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi tidak seharusnya membiarkan masalah ini berlarutan," ujarnya dipetik laman rasmi PAS bagi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Justeru, kata beliau sudah tiba masanya rakyat di Dun Samariang menyampaikan mesej yang jelas dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

"Kita akan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan perkara yang berkaitan dengan keperluan asas mereka diselesaikan secepat mungkin," ujar beliau mengharapkan perubahan dalam PRN kali ini.

Share on Myspace