Jangan halang majlis dialog Dr Zakir Naik

HARAKAHDAILY | .

KAMI melahirkan rasa dukacita apabila terdapat usaha 'membunuh' daya intelektual rakyat apabila menghalang Dr Zakir Naik daripada menyampaikan ceramahnya di UTEM, atas alasan sensetiviti Agama. Sedangkan apa yang akan di sampaikan oleh Dr Zakir Naik adalah tentang Agama Islam juga termasuk perbandingan agama bukan untuk menimbulkan suasana tidak aman.

Apa yang dilihat golongan bukan Islam memberikan bangkangan terdapat Islam ini juga sensitiviti agama kerana mereka cuba mencampuri urusan agama Islam sedang mereka bukan kalangan Islam dan ini juga telah menghalang orang Islam untuk menghadiri majlis ilmu.

Rasulullah SAW bersabda:  

"Kelebihan ilmu itu lebih aku sukai dari kelebihan beribadat dan kebaikan agama kamu adalah warak"

Kami mengharapkan sekiranya golongan bukan Islam mempunyai percambahan minda maka haruslah diadakan dialog yang  berlangsung secara sihat bagi tidak menegangkan permasalahan penganut agama masing-masing.  

Kebebasan dalam beragama dan membuat pilihan yang tercatat di dalam perlembagaan secara jelas memberitahu sesuatu agama tidak boleh mencampuri aktiviti agama lain.

HINDRAF dan TKM Pulau Pinang dialu-alukan berhujah secara sihat dalam majlis Dialog bersama Dr Zakir Naik. Malah tidak pernah umat Islam menyatakan bantahan dikala tokoh besar agama selain Islam ke Malaysia.

Malaysia Sebuah negara majmuk yang dihuni dengan berbagai bangsa dan agama maka haruslah menghormatinya.

Kami dengan ini menawarkan diri sebagai penganjur program Dialog Bersama Dr Zakir Naik sekiranya pihak lain tidak berhajat meneruskan program yang sangat bermanfaat ini.

Firmah Allah dalam Surah al Kafirun ayat 6,

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

"..Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku..".

USTAZ NORAZLI MUSA
Presiden
Geng Ustaz.
11 April 2016. – HARAKAHDAILY 11/4/2016

Share on Myspace