Isu Dr Zakir Naik: Jangan wujudkan persepsi serong

USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM | .

KAMI melahirkan kekecewaan apabila semua pihak yang mengambil pendekatan menghalang ceramah khas Dr Zakir Naik dari menyampaikan ceramahnya di beberapa tempat termasuk di Melaka dan sebagainya.

Paling mengecewakan dalam isu Dr Zakir Naik ini melihat sikap bukan Islam memberikan pandangan serong kepada Dr Zakir seperti yang disebut Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof P Ramasamy.

Lebih mengecewakan lagi pihak berkuasa dan PDRM juga menyatakan halangan walaupun pada masa yang sama ada orang bukan Islam dan Islam yng menyatakan bangkangan pada Hukum Islam tidak pula dikenakan tindakan serta tiada alasan sensitiviti digunakan.

Tautan Rahmat Malaysia lebih mengharapkan budaya dialog dan percambahan minda berlangsung secara sihat.

Rakyat diberikan kebebasan dalam beragama dan membuat pilihan.

Adalah lebih baik TKM Pulau Pinang dan semua pihak membuat kajian dan berdialog.

Kami amat mengharapkan semua pihak berhujah secara sihat dalam majlis Dialog bersama Dr Zakir Naik.

Sejarahnya tidak pernah Umat Islam menyatakan bantahan dikala tokoh besar agama kalian ke Malaysia.

Diharapkan TKM Pulau Pinang dan semua pihak menjaga sensetiviti beragama.

Hiduplah secara harmoni dan sebagai sebuah bangsa Malaysia yang bermaruah dan saling menghormati kerana kita bersaudara. Hidupkan budaya berdialog. Bukan hentam-menghentam. - HARAKAHDAILY 11/4/2016

Share on Myspace