Tsunami di pantai Gaza hanya berita bohong media Israel

HARAKAHDAILY | .

Petugas pertahanan awam Palestin menyatakan jika berita tentang terjadinya tsunami di Jalur Gaza adalah bohong. Mereka menegaskan, jika maklumat itu hanyalah spekulasi media yang tidak benar.

Dalam keterangan akhbar pada Ahad (10 April), petugas awam Palestin membantah informasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa rasmi serantau atau antarabangsa mengenai berita tersebut.

Keterangan akhbar itu lantas memberi kesan kepada banyak institusi antarabangsa berkaitan pemberitaan tersebut, jika tidak ada tanda-tanda tsunami di pantai Gaza.

Seperti dikutip Palestinian Information Center (PIC) semalam, sumber media Israel secara intensif memberitakan terjadinya tsunami di pantai Gaza pada pertengahan April. (Islampos)

Share on Myspace