Selangor komited bina rumah generasi kedua Felda

HARAKAHDAILY | .

Kerajaan Negeri Selangor komited membina rumah untuk generasi kedua Felda yang akan membina 136 buah rumah berkembar (semi detached) di Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor untuk mereka.

Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada 18 April 2016.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah pengurus projek bagi pihak kerajaan negeri.

Kos projek ini adalah dianggarkan RM20 juta. Kos infrastruktur akan ditanggung oleh kerajaan negeri agar rumah-rumah ini mampu dibeli oleh generasi kedua itu. Jangkaan harga jualan adalah sekitar RM100,000 sebuah.

Saya telah mengadakan lawatan tapak pada 23 Mac yang lalu bersama-sama PKNS dan penduduk Kampung SungaiTengi Selatan.

Turut bersama adalah Hasnizan Harun mewakili Pertubuhan Generasi Kedua Felda atau Generasi dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Hulu Bernam, Muhammad Idris.

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Share on Myspace