Tentera Israel rancang drone 'bunuh diri' sebagai senjata

HARAKAHDAILY | .

Akhbar Haaretz melaporkan bahawa tentera Israel merancang untuk menyebarkan drone "Rotem," singkatan Ibrani untuk 'serang dan bunuh diri' mengutip seorang eksekutif di Israel Aerospace Industry (IAI) yang menghasilkan pesawat tanpa pemandu itu.

Drone bunuh diri ini boleh berkeliaran di udara sebelum jatuh menyasar sasaran yang telah ditentukan melalui aplikasi di tablet ataupun telefon pintar.

Mini drone ini boleh membawa bom tangan dan kamera kecil, dan cukup ringan untuk dibawa dalam beg seorang tentera tentera Israel. Tidak seperti pesawat tradisional, seperti Reaper AS yang memerlukan juruterbang terlatih dan landasan setanding dengan jet pejuang, 'Rotem' mudah dikendalikan dan praktikal.

Rotem mempunyai berat kira-kira 4.5 kg, dilengkapi dengan empat kipas dan boleh terbang ke wilayah sasaran selama 30 minit pada ketinggian 200 meter.

Drone ini mampu mengintai sasaran tanpa suara dan tidak dikesan. IAI menyarankan tentera Israel membawa dua pesawat ini dalam pertempuran. [Islampos]

Share on Myspace