75,000 warga Palestin jadi gelandangan di Jalur Gaza

HARAKAHDAILY | .

Badan PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan "OCHA" melaporkan lebih dari 75,000 warga Palestin yang menjadi pelarian akibat pencerobohan tentera pada tahun 2014 kini masih menjadi kehilangan tempat tinggal akibat tempat tinggal mereka dihancurkan penjajah zionis Israel.

"Penyelidikan terbaru menyatakan bahawa 62.5% pelarian Palestin di Jalur Gaza tinggal di rumah-rumah sewa dan hampir 50% dari jumlah tersebut takut diusir dari tempat tinggal mereka kerana krisis ekonomi yang semakin memburuk," tulis OCHA dalam laporan yang dikeluarkan semalam.

"Sekatan berpanjangan yang disertai pencerobohan penjajah Zionis Israel kini menyebabkan lebih daripada 80% daripada keluarga yang menjadi pelarian meminjam wang untuk tetap bertahan hidup, da nada lebih dari 85% rumah tangga membeli sebahagian besar makanannya bergantung pada wang pinjaman," jelas OCHA dipetik web Eramuslim.

Lembaga PBB itu meminta dunia antarabangsa untuk menumpukan perhatian mereka terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Semenanjung Gaza, di mana selepas satu setengah tahun berjalan belum ada perkembangan signifikan atas keadaan kemanusiaan di Gaza.

Mula melancarkan gerakan ketenteraan pada 7 Julai tahun 2014, penjajah zionis Israel sekurang-kurangnya telah membunuh 2,320 warga Palestin, merosakkan kira-kira 160,000 bangunan di mana 12,000 di antaranya musnah keseluruhan. (Anatolia/Ram)

Share on Myspace