MB Kelantan selamat jalani pembedahan kecil

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebentar tadi.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Daud berkata Ustaz Datuk Ahmad Yakob sekarang sedang berehat dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.

Difahamkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat setakat ini.

“Doakan beliau cepat sembuh untuk kembali bertugas bersama rakyat,” kata Mohd Asri.

Ustaz Ahmad dikatakan terjatuh ketika menghadiri program di Sarawak baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 14/4/2016

Share on Myspace