Kebenaran akan menang walaupun nampak lemah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kebenaran tidak boleh disekat, walaupun nampak lemah akhirnya ia akan menang, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, kebatilan walaupun nampak kuat tetapi ia tidak kekal lama.

"Justeru itu jadilah kita penegak kebenaran yang seiring dengan apa yang diperintah oleh Allah SWT.

"Insya Allah usaha kita tidak sia-sia," ujarnya menerusi laman facebook.

Sehubungan itu, katanya halangan yang diterima oleh Dr Zakir Naik merupakan sunnah kepada mereka yang mengajak manusia kepada jalan Allah SWT.

"Perkara ini merupakan asam garam yang telah dilalui oleh para rasul yang terdahulu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau berkata cercaan, halangan, fitnah, tohmahan, ugutan merupakan rutin kehidupan seorang pendakwah. - HARAKAHDAILY 14/4/2016

Share on Myspace