Kesihatan Menteri Besar Kelantan hari ini sangat baik

HARAKAHDAILY | .

KEADAAN kesihatan YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini sangat baik dan beliau sempat berpesan kepada saya tadi agar seluruh rakyat Negeri Kelantan dapat menjaga kesihatan khasnya pada cuaca yang semakin panas ketika ini.

Beliau turut mengharapkan agar solat sunat Istisqa' yang bakal diadakan di Padang Hoki bersebelahan Padang Perdana pada jumaat 22 April 2016 nanti dapat dihadiri oleh sekalian rakyat bagi memohon kepada Allah agar diturunkan kerahmatan-Nya secara berpanjangan.

Walaupun YAB Ustaz Dato' masih lagi berada di wad HUSM untuk rawatan susulan, namun beliau tetap mengambil tahu situasi rakyat dan turut menyampaikan salam kepada semua.

Buat masa ini, pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengharapkan agar tiada sebarang ziarah dibuat bagi memberi kerehatan sepenuhnya kepada YAB Menteri Besar.

MOHD ASRI MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
7 Rejab 1437/15 April 2016 – HARAKAHDAILY 15/4/2016

Share on Myspace