Erdogan gesa negara OIC kerjasama lawan keganasan

HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, semalam mencadangkan negara yang bergabung dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk mengukuhkan dan dimulakan kerjasama melawan keganasan, lapor Anadolu Agency.

"Sekali lagi , saya serukan badan-badan antarabangsa untuk mengkaji semula pendekatan mereka dengan organisasi pengganas. Hal ini diperlukan untuk melakukan operasi melawan organisasi pengganas di lapangan," kata Erdogan dalam ucapan perasmiannya di Sidang Kemuncak OIC  ke-13 di Istanbul.

"Untuk itu, kerjasama internasional sangat penting. Membentuk badan yang akan mengukuhkan dan dimulakan kerjasama melawan keganasan dalam OIC merupakan langkah yang tepat untuk dilakukan," ujar Erdogan.

Erdogan juga menyatakan bahawa organisasi pengganas itu tidak mewakili Islam.

"Agama kita adalah agama damai dan kompromi," tambah Erdogan. [Islampos]

Share on Myspace