Tarikh tutup pertandingan cipta logo muktamar 22 Apr

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang sepatutnya berakhir pada 29 April akan dipercepatkan seminggu lebih awal.

Pemakluman perkara ini telah di dihebahkan dalam radio internet hijau.fm dan laman web rasmi, http://www.pas.org.my serta iviralkan dalam media sosial facebook, WhatsApp dan sebagainya.

“Jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mempercepatkan tarikh tutup pertandingan seminggu lebih awal kepada tarikh 22 April, 2016 dan menjadikan pertandingan kali ini selama tiga minggu sahaja, yakni satu minggu lebih lama berbanding dengan pertandingan pada Muktamar ke-59 lalu,” kata Pengarah Jabatan IT PAS, Shuhaimi Embong.    

Beliau yang juga pengarah pertandingan mencipta logo itu berharap peserta-peserta yang pernah menyertai pada 2013 lalu dapat kembali menyertai semula pada kali ini.

“Borang penyertaan boleh dimuat turun  dari laman sesawang rasmi PAS,  http://www.pas.org.my  dan logo boleh dihantar mulai sekarang berserta dengan borang penyertaan tersebut kepada emel, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dalam tempoh berbaki seminggu lagi,” katanya.

Muktamar Tahunan PAS ke-62 akan diadakan selama 3 hari bermula 2 Jun depan di Kota Bharu yang didahului dengan muktamar dewan-dewan satu atau dua hari lebih awal. - HARAKAHDAILY 15/4/2016

Share on Myspace