1,700 tahanan Palestin sedang sakit di penjara Israel

HARAKAHDAILY | .

SATU kumpulan kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 1,700 tahanan Palestin yang sedang sakit ketika ini meringkuk di penjara-penjara dan pusat tahanan Israel, mereka mencatat kira-kira 25 daripada tahanan itu menderita kanser.

Syarikat Jawatankuasa Kerja Kesihatan (UHWC) mengumumkan semalam bahawa para pegawai Israel ketika ini menahan lebih daripada 7,000 warga Palestin di 22 penjara dan pusat tahanan di wilayah-wilayah pendudukan, agensi berita Palestin Alaan melaporkan.

Laporan itu menambah bahawa tujuh daripada para tahanan telah menjalani kurungan lebih dari tiga dekad di penjara, dan ada 67 perempuan, 400 kanak-kanak di bawah umur serta enam ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) di antara para tahanan Palestin tersebut.

UHWC mengatakan 700 warga Palestin yang ditahan di bawah tahanan pentadbiran.

Beberapa tahanan Palestin telah ditahan dalam penahanan administratif sehingga lapan, sepuluh hingga sebelas tahun tanpa tuduhan terhadap mereka.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mengumumkan dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada 3 April lalu bahawa sekurang-kurangnya 241 kanak-kanak Palestin di bawah umur 18 tahun ketika ini ditahan di penjara Israel.

Laporan tersebut menyatakan bahawa 94 kanak-kanak Palestin di bawah umur, dijatuhi hukuman pada pelbagai tuduhan, mereka ditahan di Penjara Ofer berhampiran bandar Tebing Barat Beitunia, manakala selebihnya ditahan di penjara-penjara lain. [Islampos]

Share on Myspace