Sedarlah yang miskin kita, jangan culas untuk berdoa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berdoalah kepada Allah untuk mendapat sesuatu hajat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurut beliau, Allah marah kepada hamba-Nya yang tidak mahu memohon kepada-Nya.

Beliau menambah, Allah Maha Kaya, kuasa-Nya tidak berkurang walaupun semua permintaan hamba-Nya ditunaikan.

"Sedarlah yang miskin kita, oleh itu jangan culas untuk berdoa," katanya menerusi laman facebook.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, orang yang soleh pelindungnya adalah Allah.

Katanya, hubungan mereka dengan Allah menjadikan diri mereka dikasihi oleh Allah.

Tambahnya, pergantungan yang tinggi dengan Allah sehingga mereka meletakkan kuasa makhluk amat kecil.

"Mereka merupakan orang yang terpilih. Berusahalah semoga kita juga seperti mereka," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/4/2016

Share on Myspace