Masalah peparitan di Pujut boleh sebabkan banjir kilat

JOFRI JARAIEE | .

MIRI: Parit tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan lancar boleh menyebabkan air bertakung dan membiakan nyamuk `aedes`. Masalah peparitan yang tidak dibina dengan baik bukan saja boleh menyebabkan parit tersumbat bahkan boleh menyebabkan banjir kilat apabila musim hujan lebat.
 
Penduduk di sekitar Kampung Pujut Padang Kerbau dan Pujut Tanjung Batu mengadu masalah ini kepada pihak kami semasa lawatan ke kampung tersebut.

Ada sesetengah tempat hanya sebahagian saja parit dibina mengunakan konkrit dan selebihnya tidak siap sepenuhnya menyebabkan parit tersebut tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan lancar.
 
Apabila hujan lebat berlaku banjir kilat di kawasan perumahan mereka disebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Penduduk bertanya mengapa pihak berkenaan hanya membina sebahagian saja parit konkrit dan tidak menyiapkan sepenuhnya ke kawasan perumahan mereka yang terlibat.
 
PAS mengesa agar pihak yang berkenaan dapat menyiapkan projek peparitan sepenuhnya di seluruh kawasan perumahan di Kampung Pujut untuk mengelak berlakunya banjir kilat.
 
Dengan adanya sistem peparitan yang sempurna ia juga boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dan mengelak berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan tersebut.

Kesihatan dan keselamatan penduduk perumahan di Kampung Pujut perlu diberi keutamaan agar mereka dapat hidup selesa dan selamat. Kerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan saliran dan peparitan amat dihargai. – HARAKAHDAILY 18/4/2016

Share on Myspace