MB Kelantan dipindahkan ke wad biasa

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan doktor serta kakitangan perubatan yang merawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Saya turut berdoa supaya negeri kita dicucuri rahmat daripada Allah SWT sepanjang masa dan bersabarlah di kala kita diuji dengan musibah dan kesusahan,” kata Ustaz Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Beliau juga memberitahu kesihatannya beransur pulih dan bertambah baik.

“Perkukuhkanlah juga amalan taawun ála al-bir dan al-taqwa serta perluaskan dalam masyarakat khasnya kepada yang kurang bernasib baik. Dengan amalan ini, sudah pastinya Allah akan melapangkan kehidupan kita.

“Hindarilah taãwun ála al-ithmi wa al-údwan yang sudah tentu hanya akan mengundang kemurkaan Allah dan mendapat kesempitan hidup,” ujarnya.

Setiausaha Politiknya Wan Roslan Wan Hamat pula berkata Menteri Besar dipindahkan ke wad biasa petang semalam.

Pada pagi Khamis lepas Ustaz Ahmad menjalani pembedahan kecil di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku. – HARAKAHDAILY 18/4/2016

Share on Myspace