PAS Sik terus beri bantuan kepada penoreh getah

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH | .

SIK: Ahad lalu PAS Kawasan Sik mengambil inisiatif membantu meringankan beban ekonomi para penoreh getah dengan  menyampaikan 4,000  paket  makanan kepada keluarga penoreh.

Program rentetan himpunan rakyat menbela penoreh baru-baru ini selain bertujuan membantu penoreh secara ‘one off’ ia juga bertujuan menyemarak rasa tanggungjawab kepada pihak kerajaan negeri dan agensi terbabit agar cakna dan prihatin dengan nasib penoreh yang tidak terbela.

Program ini melibatkan lebih 50 kampung di seluruh daerah Kampung Sungai Pau, Charok Padang, Kampung Charok Sireh, Kuala Beris, Felda Teloi Timur, Kampung Jering, Kampung Landai, Gulau, Kampung Jeneri Kampung Batu 8, Chepir dan beberapa kawasan lagi.

Bantuan makanan ini adalah sumbangan pelbagai pihak sama ada individu, korporat, NGO seperti Yayasan Amal Malaysia, Alternative Riding Club (ARC), PAS  Kawasan Shah Alam, PAS Padang Serai, PAS Sungai Petani, PAS Perlis, PAS Serdang, ADUN Bangi, PAS Balik Pulau serta Yayasan An-Nahdhoh.

Rata-rata para penoreh gembira dan sangat berbesar hati menerima sumbangan ini kerana mereka kini berada dalam keadaan kesempitan.

Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti beras, gula, tepung dan keperluan maknan lain

Sumbangan disampaikan oleh YDP PAS Sik, Muhammad Sanusi Md Nor dan TYDP PAS Sik merangkap Pengerusi lujnah kebajikan PAS Sik Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Pihak PAS Sik memohon jika ada para dermawan yang ingin menyumbang sepanjang Ramadhan untuk golongan penoreh boleh berhubung dengan PAS Sik secara langsung. – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Share on Myspace