Kunci peti undi: Wakil calon PAS berjaya ketepi hukuman

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA LUMPUR: Wakil Calon PAS Dun Bagan Pinang PRU13, Azhari Ismail berjaya mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 8 bulan dan denda RM4,000 yang dijatuhkan ke atasnya.

Keputusan tersebut diperolehi setelah Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Siti Mariam Othman membenarkan rayuan beliau dan dibacakan dalam Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini 19 April.

Azhari telah diwakili oleh Peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM), Wan Rohimi Wan Daud dan Hazwan Mohd Nor.

Azhari sebelum ini menghadapi tuduhan melakukan kesalahan memangga sembilan Peti Undi pada Undian Awal PRU13 tanggal 30 April 2013 di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau kemudiannya dihukum bersalah oleh Mahkamah Majistret Port Dickson pada 11 Mei 2015 di bawah Seksyen 3(1)(i) Akta Kesalahanraya Pilihanraya 1954. – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Share on Myspace