PAS kukuhkan posisi di Dun Sebuyau

HARAKAHDAILY | .

Saya mengucapkan syabas serta tahniah kepada petugas dan jentera PAS Selangor yang komited membantu gerak kerja pilihan raya di Dun Sebuyau.

Kebanyakan petugas yang hadir adalah atas kesedaran tanggungjawab sebagai ahli bagi mendukung perjuangan PAS. Kebanyakan petugas yang hadir, bukanlah terdiri dari mereka yang berada. Mereka sanggup mengambil cuti dan meninggalkan keluarga serta mengorbankan sedikit kesenangan bagi memastikan mereka boleh menyumbang semampunya.

Berkat usaha gigih dan berdisiplin mematuhi arahan gerak kerja yang diatur awal oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor (JPrN Selangor), telah memberi sinar harapan kepada PAS untuk kekal melekat di hati masyarakat Sebuyau.

Alhamdulillah, hari ini masyarakat Sebuyau telah mula mesra dengan PAS, malah mereka turut serta membantu menyuburkan aktiviti PAS di Sebuyau. Anak muda tempatan dan mereka yang tiada kepentingan telah tanpa segan silu sanggup menjadi pendukung utama menjayakan aktiviti dan misi PAS dalam PRN Sarawak ke-11 ini.

Dengan perkembangan sokongan dan penerimaan masyarakat ini terhadap PAS, adalah diharapkan semua jentera dan petugas Selangor di Sebuyau tidak alpa ataupun lalai. Sebaliknya perlu fokus dan berdisiplin dalam apa juga gerak kerja di lapangan. Di samping itu, tingkatkan juga kesabaran dan elakkan provokasi serta banyakkan munajat kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah kurniakan pertolonganNya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

MOHD HASLIN HASSAN
Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor
19 April 2016 - HARAKAHDAILY 19/4/2016

Share on Myspace