Penemuan terowong Gaza dalih Netanyahu - Al-Qassam

HARAKAHDAILY | .

Brigade Izzudin Al Qassam menyebut laporan besar-besaran penemuan terowong pejuang Palestin di dalam wilayah Zionis Israel adalah usaha penjajah Yahudi untuk menutup perasaan panik yang sedang melanda mereka.

"Pemberitaan besar-besaran terowong jelas adalah usaha kerajaan zionis Israel untuk menutup kelemahan mereka selepas kritikan keras yang dilancarkan kumpulan pembangkang Yahudi beberapa waktu sebelum ini," ujar Al Qassam dalam sidang akhbar, malam kelmarin.

"Jutaan dolar AS telah zionis Israel keluarkan untuk membina sebuah teknologi yang mampu mengesan kewujudan terowong bawah tanah. Akan tetapi itu semua tidak berhasil dan kini menjadi mimpi buruk bagi penjajah zionis Israel," kata Al Qassam.

Menurut Al Qassam tidak adanya keterangan yang lebih terperinci adalah bukti dari pembohongan besar Benjamin Netanyahu dan para menterinya, seraya memberi amaran bahawa masih banyak terowong pejuang Palestin lain yang siap membuat kejutan bagi penjajah zionis Israel.

Maklumat yang didapati Rassd menyatakan bahawa terowong dengan panjang 150 meter dengan kedalaman 30 meter berada tidak jauh dari tempat di mana tentera Gilad Shalit diculik pada tahun 2006. (Eramuslim)

Share on Myspace