Parah, apa diperolehi hasil sendiri bukan daripada Allah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jangan terlalu gembira dengan nikmat yang diperolehi sehingga kadang-kadang terlupa bahawa semuanya daripada Allah SWT.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, lebih parah lagi sehingga ada yang mengatakan apa yang diperolehi adalah hasil usahanya bukan daripada Allah SWT.

"Ini adalah sifat yang angkuh," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru itu, katanya bersyukurlah kepada Allah, bukan kepada makhluk.

Jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, syukur kepada Allah tidak perlu diberi dalam bentuk benda, kerana Allah Maha Kaya.

Tambahnya, Allah hanya perlu hambanya bersyukur dengan menjunjung perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

"Itu sahaja yang Allah mahu. Jika hamba-Nya tidak bersyukur, kekuasaan-Nya sedikit pun tidak terjejas. Siapa yang rugi?" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/4/2016

Share on Myspace