Calon PAS ambil pendekatan santai dekati rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Pantai Damai, Zainal Abidin Yepni bersama-sama dengan para petugas menziarahi penduduk di kawasan UPU Telaga Air, pagi tadi.

Beliau berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk sekitar di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Nampaknya penduduk kelihatan lebih selesa untuk menyampaikan pandangan mereka terhadap calon PAS dengan pendekatan tersebut.

Zainal Abidin juga sempat bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi penduduk terutamanya berkaitan isu bekalan tenaga elektrik yang dirasakan hampir tiada jalan penyelesaian yang dilaksanakan.

Memetik laporan laman rasmi PAS PRN Sarawak, beliau telah berbincang dengan para penduduk berkenaan perkara yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang timbul.

Perbincangan tersebut menggambarkan keprihatinan calon PAS itu terhadap masalah masyarakat sekitar.

Beliau menyantuni penduduk dengan cara yang santai dan mudah didekati penduduk.

Share on Myspace