1,000 ekar pemuliharaan Rafflesia di Lojing

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kawasan seluas 1,000 ekar di tanah tinggi Lojing dijadikan kawasan ekopelancongan bagi pemuliharaan Rafflesia.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kawasan pemuliharaan Rafflesia itu diluluskan kerajaan negeri pada 2001.

Katanya, sebelum itu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memohon kerajaan negeri mengazetkan kawasan Lojing bagi penjagaan spesies bunga pakma.

“Kerjasama dengan UMK membolehkan Lojing bakal menjadi destinasi ekopelancongan terbesar di Kelantan,” katanya ketika ditemui Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian di sini.

Oleh itu beliau berharap semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan turut membantu menjaga khazanah di kawasan ekopelancongan tersebut.

Rafflesia di Lojing terdapat di Kampung Cedau di Pos Hendrop, Kampung Kuala Rengi dan Kampung Jedip, Pos Brooke.

Ustaz Ahmad juga berkata kawasan terbabit akan ditanam Rafflesia dengan kerjasama UMK. - HARAKAHDAILY 20/4/2016

Share on Myspace