AKSB bersiap hadapi kemarau panjang

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan menghantar bekalan air ke kawasan yang dianggap kritikal sekiranya musim kemarau berpanjangan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata jurutera dan pengurus Loji Rawatan Air di setiap jajahan perlu membuat pengecaman berhubung masalah itu.

Katanya, mereka sentiasa membuat pemantauan bagi mengenal pasti kawasan yang kritikal dengan masalah bekalan air diatasi segera.

“Sekiranya bumi Kelantan tidak hujan berpanjangan sebulan lagi, dijangka kita akan menghadapi kekurangan bekalan air.

Bagaimanapun katanya biar pun paras air sungai semakin surut, namun ia belum sampai ke tahap kritikal.

Menurutnya juga jajahan yang mempunyai telaga jejari dijangka tidak menghadapi banyak masalah berbanding loji yang mendapatkan sumber air dari sungai.

Bekas Adun Air Lanas, Datuk Abdullah Ya’kub pula berkata, masalah tekanan rendah yang sering dihadapi pengguna di Jeli sebelum ini tidak lagi berlaku kerana AKSB mendapat sumber air dari telaga jejari.

Awal pagi Jumaat ini rakyat Kelantan dijemput menghadiri program munajat dan solat sunat Istisqa di padang hoki Kota Bharu bagi memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan hujan. - HARAKAHDAILY 20/4/2016

Share on Myspace