Rakyat Sarawak perlu beri peluang kepada PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pembangunan oleh BN dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah menindas hak asasi rakyat untuk berbakti di atas tanah sendiri, kata calon PAS N60 Kakus, Clement Bayang.

Beliau berkata, rakyat terus ditekan bahkan tanah diambil tetapi pampasan yang diperolehi sangat rendah dan tidak berbaloi mengikut harga semasa.

Katanya, ketiadaan kemudahan asas rakyat seperti elektrik dan air sekali gus memberikan tekanan hidup kepada masyarakat tempatan.

"Pelbagai kemudahan asas bagi rakyat terus dipinggirkan bagi sekitar kawasan Kakus sebaliknya hanya ditaburkan janji yang tidak pernah ditepati.

"Pengangkutan awam diperlukan untuk memudahkan rakyat keluar mengundi bahkan tidak hanya perlu menunggu di rumah," ujar beliau dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Oleh yang demikian, beliau mengharapkan rakyat Sarawak perlu memberikan peluang kepada PAS untuk mengubah kehidupan masyarakat tempatan ke arah lebih baik.

Share on Myspace