Bot bawa pelarian Rohingya terbalik, 21 terkorban

HARAKAHDAILY | .

(Foto hiasan)

INSIDEN tenggelamnya bot pelarian Rohingya kembali terjadi. Pada Selasa (19/4/2016), bot yang membawa pelarian Rohingya terbalik di perairan dekat wilayah Sittwe Rakhine, Myanmar, mengorbankan 21 orang.

"Sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, terbunuh selepas bot terbalik di perairan Myanmar ketika mendekati ibukota negara bahagian Rakhine, Sittwe," demikian laporan PBB.

Sebahagian besar penumpang adalah penduduk Sin Tet Maw, bandar Paukaw, sebuah kem untuk ahli minoriti Muslim Rohingya. Mereka dipaksa meninggalkan rumah akibat serangan keganasan perkauman.

"Ini (kemalangan bot) terjadi kerana pengangkutan tidak selamat, kita tidak boleh menggunakan pengangkutan darat ke Sittwe untuk membeli barangan atau ubat-ubatan," kata aktivis Rohingya dari Sittwe, Kyaw Hla Aung.

Aung membenarkan bahawa seluruh mangsa terkorban itu merupakan Muslim Rohingya.

Dilapor World Bulletin, penumpang bot telah menerima izin khusus untuk membuat perjalanan dengan perahu ke pasar di Sittwe dari Paukaw.

Rohingya telah dipaksa untuk hidup dalam keadaan apartheid seperti sejak rusuhan antara umat Buddha dan Muslim mengorbankan ratusan orang pada tahun 2012. [Islampos]

Share on Myspace