Jofri lebih dekat dengan kehidupan rakyat setempat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Pujut, Haji Jofri Jaraiee bersama para petugas PAS telah mengadakan lawatan di sekitar Pujut Corner, Jalan Malva Krokop dan Pujut Adong.

Dalam sesi lawatan ini, para petugas telah mengedarkan risalah yang mengandungi profil Haji Jofri bagi memperkenalkan calon kepada penduduk sekitar.

Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan penduduk dan melihat dengan lebih dekat sisi kehidupan rakyat setempat, lapor laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Anak-anak penduduk sekitar turut diraikan dengan sedikit sumbangan.

Kehadiran Jofri dan para petugas disambut baik oleh penduduk sekitar walaupun ada di antara penduduk yang terkejut dan tidak menyangka beliau sanggup datang berziarah di kawasan mereka.

Malah, rombongan turut mendapat bantuan seorang kanak-kanak berbangsa Iban yang menjadi penunjuk jalan secara sukarela.

Share on Myspace