Cikgu Asan konsisten dekati masyarakat setempat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon PAS N24 Sadong Jaya, Cikgu Asan Singkro tekad dan konsisten meneruskan siri ziarah untuk turun dan mendekati masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan latar belakang agama dan bangsa.

Pada siri ziarah kali ini, Cikgu Asan Singkro menziarahi golongan almalak iaitu golongan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan sebagainya yang menjadi nadi masyarakat setempat.

Memetik laporan laman rasmi PAS PRN Sarawak, siri ziarah yang bertempat di Kampung Semerak Hulu, UPU Subuyau itu cukup mendapat sambutan yang  begitu memberangsangkan.

Cikgu Asan Singkro berpeluang beramah mesra dengan golongan almalak dan para penduduk di kawasan itu.

Beliau juga mendengar pandangan murni dan luahan isi hati mereka yang sentiasa inginkan perubahan yang baik.

Share on Myspace