Manfaat nikmat ke jalan Allah sebelum ia hilang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Semua yang kita perolehi sama ada harta, pangkat, sihat, anak, isteri, kelapangan, ketenangan, semuanya anugerah daripada Allah SWT.

"Manfaatlah nikmat ini ke jalan Allah sebelum ia hilang daripada tangan kita sebagai tanda syukur kita kepadaNya.

"Nikmat ini boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Sehubungan itu, ujarnya apabila nikmat Allah ditarik semula daripada diri kita bukan bererti Allah benci kepada kita.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, mungkin ada hikmah yang tersurat dan tersirat.

Beliau berkata, banyak orang yang insaf dan sedar daripada kelalaian dengan Allah apabila nikmat ditarik daripadanya.

"Bukankah Allah Maha Penyayang kepada hambaNya?" ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 22/4/2016

Share on Myspace