Selangor berjaya kekal stabil, pacu pembangunan

HARAKAHDAILY | .

PAS Selangor berpendirian pengalaman Selangor telah berjaya mengekalkan kestabilan di negeri ini.

Kestabilan ini telah berjaya memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha membangunkan negeri dan memberi pembelaan kepada rakyat.

Sebarang usaha untuk mewujudkan ketegangan telah gagal kerana dapat ditangani dengan bijaksana oleh pimpinan kerajaan negeri.

Isu-isu kaum dan agama yang berpotensi mencetuskan kontroversi telah akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Dengan kestabilan ini, pembangunan negeri terus dipacu ke hadapan.

Walaupun keadaan ekonomi negara yang lembap, negeri Selangor terus menerima pelaburan dari dalam dan luar negara. Hasil negeri terus dipertingkatkan.

Agenda membela rakyat diteruskan dan program sedia ada diperkasakan sementara program baru diperkenalkan.

Pada hakikatnya sokongan kepada kerajaan negeri telah meningkat berlipat kali ganda sejak 2008.

Pengalaman Selangor telah dapat memenuhi keperluan semua kelompok rakyat.

Kerjasama yang wujud di kalangan pimpinan kerajaan di semua peringkat juga telah dapat meningkat keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan yang terus bekerja untuk mereka.

Oleh itu rakyat amat selesa dengan pentadbiran kerajaan negeri hari dan mahu ia dikekalkan.

Mereka tidak mahu keadaan sebelum pilihan raya umum 2008 kembali semula.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
21 April 2016. – HARAKAHDAILY 22/4/2016

Share on Myspace