PRN Sarawak: Mesyuarat akhir, serah watikah calon selesai

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mesyuarat akhir jawatankuasa induk (JKI) PAS untuk Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum hari penamaan calon telah selesai malam tadi.

Menurut Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili, Watikah Calon bagi semua 11 kerusi Dun juga telah diserahkan dan segala perkara berkaitan telah diselesaikan.

Katanya, Mesyuarat di Pejabat PAS Kawasan Miri itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Bendahari PAS Mohd Noor Mohamad.

Selain beliau, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee serta ahli-ahli JKI dan Mas'ul atau wakil Mas'ul Dun-Dun juga turut serta dalam mesyuarat itu.

"Insya Allah PAS bersedia untuk memasuki medan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini. Doakan semoga kemenangan dipermudahkan oleh Allah SWT," ujarnya.

Sementara itu, pemimpin PAS Pusat pada perarakan sempena hari penamaan calon 25 April ini.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di N74 Pujut.

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di N67 Jepak.

Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad di N16 Muara Tuang.

Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam di N60 Kakus.

Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh dan Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan di N29 Beting Maro.

Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Bendahari, Mohamad Noor Mohamad di N07 Samariang.

Ketua Penerangan, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi di N27 Sebuyau.

Ketua Pengarah Pilihan raya, Datuk Mustafa Ali di N70 Samalaju.

Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Mohamed di N04 Pantai Damai.

Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di N72 Lambir.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh di N24 Sadong Jaya. - HARAKAHDAILY 23/4/2016

Share on Myspace