Ketua kaum gembira terima kunjungan calon PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menjadi adat bumi Sarawak mempunyai ketua kaum yang bertindak sebagai ketua bagi masyarakat setempat.

Calon PAS N07 Samariang, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi telah menziarahi Ketua Kaum Taman Sukma, Encik Ahmad Kentol.

Kunjungan Ustaz Yusof disambut gembira oleh Ahmad. Beliau turut dibawa melihat koleksi-koleksi sijil ketua kaum yang terpampang di suatu sudut khas khusus untuk tatapan tetamu.

Memetik laporan laman rasmi PAS PRN Sarawak,  Ahmad yang pernah menjadi imam selama 16 tahun, akan bersara sebagai ketua kaum pada September nanti.  

Pada akhir pertemuan, Ustaz Yusof menghadiahkan cenderamata daripada PAS Samariang sebagai tanda kenang-kenangan serta CD surah-surah hafazan yang dibaca sendiri oleh beliau.

Layanan baik dari Ahmad terhadap kunjungan dari PAS sangat dihargai.

"Terima kasih kerana menerima kunjungan dari kami," ujar Ustaz Yusof kepada Ahmad.

Share on Myspace