Tarik balik pingat: MB Terengganu, SUK enggan ulas

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas berhubung darjah kebesaran istana Terengganu yang dikurniakan kepadanya ditarik balik.

Memetik laporan Berita Harian online, Razif hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila ditanya pihak media sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, Kuala Terengganu pagi tadi.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan persidangan itu.

Selain Ahmad Razif, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda yang turut ditanya berhubung perkara yang menjadi viral di media sosial itu juga enggan mengulas.

Share on Myspace