Gejala buli: Dengar pandangan alim ulama

NYZA AYOB | .

UNTUK mengatasi gejala buli, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu melakukan perubahan-perubahan besar yang sepatutnya kepada sistem pendidikan dalam negara. Pihak kementerian sewajarnya mendengar pandangan-pandangan daripada para alim ulama untuk diterapkan dalam sistem pendidikan. Demikian ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

HARAKAH: Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan gejala buli dapat dibendung?

Untuk menjayakan agenda yang besar ini, pihak kementerian perlu melakukan perubahan-perubahan yang sepatutnya kepada sistem pendidikan dalam negara. Perubahan yang perlu dibuat ini agak besar. Jadi saya sarankan supaya pihak kementerian mendengar pandangan-pandangan daripada para alim ulama untuk diterapkan dalam sistem pendidikan.

PAS sentiasa buka pintu seluas-luasnya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjemput PAS di dalam mana-mana seminar untuk memberi lontaran pandangan dan teguran. Perkara yang bermanfaat sama-sama kita ambil demi masa depan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau turut memberi respons berhubung bagaimanakah ukuran dapat dibuat jika masih wujud masalah buli dalam pendidikan negara, penting pendidikan dalaman berbanding luaran dan apa yang boleh ibu bapa, guru dan komuniti lakukan. - HARAKAHDAILY 24/4/2016

Wawancara penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2142 EDISI ISNI di pasaran.

Share on Myspace