Kita dalam bahtera yang sama - Haji Kiprawi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Jepak, Haji Kiprawi Aman bersama calon PAS Dun Kakus serta calon PAS Dun Samalaju telah ke Bangunan Mahkamah Bintulu untuk menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengan penamaan calon, kelmarin.

Ketiga-tiganya kelihatan cukup mesra, biarpun masing-masing datang daripada latar belakang yang berbeza, ikatan persaudaraan mampu dijalin erat sempurna.

"Meskipun Clement (calon PAS Dun Kakus) bukan seagama dengan kita, namun kita dalam bahtera yang sama. PAS for All bah," ujar Kiprawi dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

"Zharudin meskipun masih muda, cara kerja yang ditunjukkan beliau amat memberangsangkan, cekap dan tersusun. Masyarakat setempat memuji cara kerja anak muda ini.

"Dia memang ada ciri-ciri pemimpin yang boleh buat kerja untuk rakyat," jelas beliau ketika diminta pandangan tentang calon PAS Dun Samalaju itu.

Mereka merupakan calon yang berwibawa yang diketengahkan oleh PAS.

Dalam bahtera yang sama mereka mengorak langkah membela nasib rakyat yang sekian lama tidak terbela.

Share on Myspace