PRN Sarawak: Munajat menjelang penamaan calon

HARAKAHDAILY | .

Tuan Guru menyerahkan Watikah Calon kepada Jofri yang bertanding di Dun Pujut.

MIRI: Sempena Hari Penamaan Calon Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini, di 11 Dun PAS bertanding malam tadi diadakan program sesi taujihat dan munajat bersama pimpinan, ahli dan penyokong PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi kata-kata motivasi perjuangan serta taujihat semangat kepada jentera pilihan raya N.74 Pujut yang terdiri daripada petugas tempatan PAS Kawasan Miri dan jentera bantuan dari PAS Perlis, PAS Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul calon N.74 Pujut merangkap Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Perlis Shukri Ramli, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusof dan Setiausaha PAS Sarawak Muhtar Suhaili As-Sarawaki.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Share on Myspace