PRN Sarawak: Penyokong PAS berhimpun iringi calon

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

PETRAJAYA: Para penyokong PAS sudah mula berhimpun di hadapan padang awam dekat sini sejak jam 7.30 pagi yang mana rata ratanya adalah daripada PAS Wilayah Persekutuan.

Proses penamaan calon akan berjalan pada jam 9 pagi ini di Sekolah Menengah Semerah Padi dekat sini dengan PAS akan menampilkan Ustaz Yusof As Siddiqi Ahmad Sharkawi sebagai calon di N.07 Samariang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusof dan calon, Ustaz Yusof turut bersama yang akan berarak sebentar lagi.

Ketika ini perarakan sedang dimulakan dengan pembacaan ikrar oleh kesemua peserta yang mengiringi calon.

Kelihatan Bendahari PAS Pusat, Mohammad Nor Mohammad, perarakan dimulakan jam 8.10 pagi turut disertai AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohammad Nor.

Di MIRI, para penyokong PAS yang kebanyakannya petugas tempatan dan dari PAS Negeri Pulau Pinang dan Perlis berkumpul di Surau Hidayatullah, Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut sejak jam 6.45 pagi.

Calon PAS, Jofri Jaraiee tiba bersama pengiring, pencadang dan penyokong beliau disusuli Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Share on Myspace