Calon PAS imam solat hajat sebelum serah borang

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

PETRAJAYA: Calon PAS Dun Samariang, Ustaz Yusof As Siddiq Ahmad Sharkawi telah mengimamkan solat hajat di pekarangan depan tempat menunggu pengumuman rasmi Penamaan Calon Dun Samariang di Sekolah Menengah Semerah Padi pada jam 8.36 pagi.

Beliau telah melangkah masuk ke Dewan Penamaan Calon di SMK Semerah Padi dengan diiringi pencadang dan penyokong masing masing anak tempatan.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong PAS menanti di luar kawasan tempat penamaan calon.

Antara pimpinan yang hadir, Bendahari PAS Pusat, Mohammad Nor Mohamad, AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor, Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan, Timbalan Presiden Geng Ustaz, Ustaz Najhan Halimi Abdul Halim dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Nurul Islam Mohammed Yusof.

Angin kuat dan mendung ketika ini tidak mematahkan semangat para penyokong untuk berkumpul sementara menanti proses penamaan calon selesai antara jam 11.00 pagi.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Share on Myspace