Arifiriazul awal masuk pusat penamaan calon Lambir

HELMI KHALID | .

MIRI: Calon PAS di N.72 Lambir, Muhammad Arifiriazul Paijo melangkah sebagai calon pertama yang memasuki pusat penamaan calon pada jam 8.46 pagi.

Proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi N72 berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sarawak, di sini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak itu telah memasuki ruang dalam tempat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Beliau diiringi Ketua Dewan Pemda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz dan saf pimpinan pemuda.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Share on Myspace