Dun Samariang: PAS mungkin menang tanpa bertanding

WAN NOORDIN WAN YAACOB | .

PETRAJAYA: Perkembangan menarik di proses Penamaan Calon di Dewan Undangan Negeri Samariang pagi ini apabila kelayakan Calon BN dan PAN, Nani Sahari menghadapi inquiry.

Masa penerimaan telah tamat jam 10.00 pagi.

Calon PAN dan BN di Dun Samariang mempunyai kemugkinan ditolak pencalonannya berikutan ada aduan/inkuiri berkaitan dengan kelayakan menjadi calon.

Difahamkan calon PAN Nani Sahari berkemungkinan ditolak pencalonan kerana penyata perbelanjaan pilihan raya semasa beliau bertanding di Dun Tanjung Datu sebelum ini tidak lengkap menurut aturan undang undang pilihan raya.

Manakala kami difahamkan calon BN Sharifah Hasidah pula berkemungkinan ditolak pencalonan kerana dikatakan memegang jawatan bergaji di beberapa syarikat dan institusi.

Jika aduan dan inkuiri ini diterima oleh SPR, ini bermakna secara automatik calon PAS Ustaz Yusof Assiddiq Ahmad Sharkawi akan menang tanpa bertanding.

KEMASKINI...

Peguam PAS, Faris Mustafa menemui pegawai SPR untukk maklumkan tentang peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana calon BN masih memegang jawatan bergaji.

Fariz menegaskan sepatutnya calon BN, Sharifah Hasidah meletak jawatan untuk bertanding.

Pengumuman calon di Samariang masih belum berlangsung. SPR masih meneliti aduan berkenaan calon PAN dan BN.

Akhirnya Dun Samariang akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Calon BN akan ditentang oleh calon PAS dan PAN. – HARAKAHDAILY 25/4/2016

Share on Myspace