PRN Sarawak: Usah undi BN tidak kenang jasa rakyat

HARAKAHDAILY | .

Melihat wang dan hadiah yang diberikan setiap kali menjelang pilihan raya, alangkah baiknya kalau rakyat Sarawak dapat pilihan raya setahun sekali. Pastinya setiap pelosok Sarawak akan mendapat manfaat.

Ramai pengundi menyangka dengan mengekalkan BN akan membawa pelbagai pembangunan di kawasan mereka. Namun, hakikatnya setelah sepuluh kali pilihan raya negeri berlalu dan mandat berterusan kepada BN, yang dijanjikan hanya tinggal janji.

Jikalau rakyat Sarawak mengundi pembangkang, lagi banyak BN akan bagi sebab nak tebus maruah.

Bagi kawasan yang dimenangi BN dan terabai, mereka perlu merajuk dan memberikan kekalahan kepada BN bagi mendapatkan perhatian BN kerana BN akan menambahkan lagi pemberian pada pilihan raya negeri yang akan datang untuk memenangi hati mereka.

Hasilnya, kawasan yang dimenangi pembangkang berpeluang mendapat pelbagai projek pembangunan berbanding kawasan BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Oleh itu, rakyat Sarawak perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya negeri kali ini. Pengundi di Sarawak berpeluang untuk memilih calon PAS di 11 Dun yang dipertandingkan.

Pemilihan calon PAS sangat perlu bagi mengimbangi kuasa BN dan menambah suara pembangkang berlainan di Sarawak sebagai pendesak kepada BN agar arus pembangunan dan amanah rakyat di mana-mana kawasan Sarawak tidak diabaikan.

Rakyat perlu menilai pula peranan wakil rakyat dari parti PAS setelah mereka boleh membandingkan tugasan wakil rakyat dari parti lain. Kali ini PAS mengemukakan calon yang wibawa anak tempatan dan 80% mempunyai kelulusan ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.

Calon-calon PAS adalah pekerja kepada rakyat dan memahami bahawa rakyat adalah bos sebenar, tidak seperti BN yang tidak mengenang jasa rakyat yang melantiknya dan memberikannya kuasa dan gaji sebaliknya menyuruh rakyat mengenang jasanya.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
17 Rejab 1437 / 25 April 2016 - HARAKAHDAILY 25/4/2106

Share on Myspace