Harapan tinggi masyarakat kepada Cikgu Asan Singkro

HARAKAHDAILY | .

CIKGU Asan Singkro, itulah adalah jolokan mesra masyarakat setempat khususnya kawasan Sadong Jaya.

Beliau yang merupakan anak tempatan cukup sinonim dan dikenali masyarakat dek keramahan dan kemesraannya dalam menyantuni masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Dengan keputusan meletakkan Cikgu Asan Singkro sebagai calon PAS yang akan bertanding bagi kawasan N.24 Sadong Jaya sememangnya satu keputusan yang sangat bernas dan tepat.

Hal ini dengan mengambil kira pendapat kolektif daripada masyarakat Sadong Jaya yang merupakan pengundi majoriti bagi kawasan N.24 Sadong Jaya.

Mereka berpendapat bahawa memandangkan Cikgu Asan Singkro merupakan seorang bekas guru yang berpengalaman luas dan banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan semestinya beliau akan lebih memahami ranjau kehidupan.

Masalah rakyat dari segi sosioekonomi mahupun pembangunan khususnya yang dihadapi oleh masyarakat Sadong Jaya pada masa ini yang memerlukan penaiktarafan serta penambahbaikan segera.

Selain itu, dengan berbekalkan identiti dan keperibadian sebagai seorang yang berdedikasi, berwawasan jauh dan mesra masyarakat ini, masyarakat meletakkan sokongan padu dan harapan yang tinggi kepada Cikgu Asan Singkro agar mampu melakukan perubahan positif kepada masyarakat Sadong Jaya.

Akhir sekali, andai kata Cikgu Asan Singkro diberi mandat dan peluang menjadi wakil rakyat, masyarakat juga berharap agar nasib yang menimpa golongan yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik di kawasan Sadong Jaya perlunya pembelaan dan diperjuangkan dengan sewajarnya agar kehidupan mendatang akan bertambah lebih baik khususnya untuk generasi akan datang.

Share on Myspace