Mesra rakyat kelebihan Haji Jofri di Pujut

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kewibawaan Haji Jofri Jaraiee selaku Pesuruhjaya PAS Sarawak sedia dimaklumi oleh segenap pimpinan PAS negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Miri, Awangku Alizul Azahari, Jofri merupakan seorang pemimpin yang berwawasan tinggi dan berpandangan luas dalam merangka hala tuju PAS di Sarawak.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatan Jofri di dalam PAS.

“Walaupun beliau berkedudukan tinggi dalam parti, beliau tidak kekok untuk bergaul dengan seluruh ahli parti,” tambah beliau dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Katanya, sikap Jofri yang mudah bergaul itu menjadikan beliau mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurutnya, kemesraan dan sikap terbuka jelas kelihatan ketika beliau turun menyantuni masyarakat setempat di sekitar Pujut.

"Rakyat tempatan tidak kekok beramah mesra dengan beliau malah sedia meluahkan masalah yang dihadapi kepada beliau.

“Ini merupakan resipi yang cukup lengkap sebagai seorang bakal Adun yang merupakan wakil kepada rakyat marhaen bagi memperjuangkan hak dan nasib rakyat,” jelasnya lagi.

Bagi Ketua Muslimat PAS Sarawak pula, Jofri yang bertading di N.74 Pujut merupakan pemimpin yang memiliki sikap merendah diri biarpun memiliki jawatan yang tinggi dalam PAS Sarawak.

Namun begitu, beliau terkenal dengan sikapnya yang tegas dan tangkas dalam memperjuangkan hak rakyat tempatan, katanya lagi.

Share on Myspace